Malaysia Dateline

14 pondok Madrasah Muhammadiah terbakar, tiada kemalangan jiwa

Sebanyak 14 buah pondok di Madrasah Muhammadiah, Pondok Beta Hilir, Kota Bharu, musnah dalam kebakaran malam tadi, namun tiada kemalangan jiwa mahupun kecederaan dilaporkan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan Nazili Mahmood berkata ketika kejadian pukul 7.50 malam, kesemua pondok yang diperbuat daripada kayu itu tiada penghuni.

“Mereka (penghuni) ketika kejadian berada di surau madrasah berkenaan untuk aktiviti keagamaan,” katanya ketika dihubungi malam tadi.

Nazili berkata tiga buah jentera bersama-sama 21 anggota bomba berjaya mengawal dan memadamkan sepenuhnya

kebakaran berkenan pada kira-kira 9 malam.

Beliau berkata punca kebakaran dan jumlah kerugian dalam siasatan.