Paras air 14 sungai di tujuh negeri melepasi paras bahaya dan amaran berikutan hujan berterusan melanda sejak beberapa hari lalu.
Menurut portal Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), empat sungai di Terengganu mencatatkan bacaan di paras bahaya dengan aras air mencecah antara 9.02 hingga 21.29 meter (m) dengan trend menaik.
Di Pahang, Sungai Triang di Bera dan stesen di Kuala Medang, Lipis merekodkan paras bahaya dan amaran masing-masing dengan bacaan 34.84m dan 83.79m dengan trend menaik.
Sementara itu di Selangor, paras air bahaya dengan bacaan 2.34m dicatatkan dekat Sungai Bernam di Rimba KDR dengan trend menaik.
Di Johor, paras Sungai Muar di Kampung Awat dan Buloh Kasap masing-masing berada dalam status bahaya dan amaran dengan bacaan 20.05m dan 8.69m.
Di Negeri Sembilan, Sungai Muar di Pekan Rompin dekat Jempol masih berada di paras bahaya apabila mencatatkan bacaan 33.09m setakat 7.45 pagi tadi.
Status bahaya dengan bacaan 111.93m dengan trend menaik pula dicatatkan di Sungai Perak di Kuala Kenderong, Hulu Perak.