Malaysia Dateline

14 sungai di Selangor pada tahap bahaya

Sebanyak 14 sungai di Selangor, telah melebihi paras bahaya mengikut rekod Jabatan Pengairan dan Saliran, Kementerian Alam Sekitar dan Air.

Setakat 10.15 malam tadi, tahap bahaya dicatatkan di Sungai Ampang, Kampung Lembah Jaya Utara, Hulu Langat; Sungai Bernam, Jambatan SKC, Hulu Selangor; Sungai Bernam, Kampung Sungai Selisek, Hulu Selangor; Sungai Binjai, Pekan Meru, Klang; Sungai Klang, Taman Sri Muda, Klang; Sungai Rasau, Tugu Keris, Klang; Sungai Langat, Bukit Changgang, Kuala Langat.

Mengikut laman web rasmi Public Infobanjir juga, paras bahaya dicatatkan di Sungai Selangor, Rantau Panjang, Kuala Selangor; Sungai Bakul, Kampung Budiman, Petaling; Sungai Damansara, TTDI, Petaling; Sungai Klang, USJ 1, Petaling; Sungai Langat, Dengkil, Sepang; Sungai Langat, Jenderam Hilir, Sepang dan Sungai Rasau, Taman Desa Kemuning, Klang.

Walaupun mencapai tahap bahaya, dua aras air iaitu di Sungai Ampang, Kampung Lembah Jaya Utara dan Sungai Selangor di Rantau Panjang, Kuala Selangor mencatatkan penurunan.

Sementara itu, enam sungai lain iaitu Sungai Langat, Stesen TNB Pangsun, Hulu Langat; Sungai Lui, Kampung Sungai Lui, Hulu Langat; Sungai Kuang, Kampung Melayu Seri Kundang, Gombak; Sungai Langat, Pekan Kajang, Hulu Langat; Sungai Semenyih, Jalan Seri Tanjung, Hulu Langat dan Sungai Buloh, Parit Mahang, Kuala Selangor, dikategorikan dalam tahap amaran.