140 NGO  Selangor tolak Deklarasi Rakyat

140 NGO Selangor tolak Deklarasi Rakyat

Sejumlah 140 NGO seluruh Selangor semalam mengisytiharkan taat setia tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Bertempat di Bangunan Umno  Selangor, Shah Alam, deklarasi itu diketuai Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunus yang terkenal dengan ‘Himpunan Baju Merah’ yang penuh kontroversi pada tahun lalu.

“Saya mewakili NGO-NGO di negeri Selangor melafazkan ikrar taat setia tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.
“Kami juga menolak sekeras-kerasnya Deklarasi Rakyat yang diketuai Mahathir dan konco-konconya kerana ia tiada asas dan hanya jalan pintas ke Putrajaya,” katanya.

Menurutnya, antara NGO yang menyertai deklarasi itu semalam, adalah Persatuan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), Persatuan Kebajikan Melayu Kelang (PKMK) dan kira-kira 20 kelab motosikal seluruh Selangor.

Ini adalah satu lagi deklarasi daripada pihak pro-Najib untuk menolak Deklarasi Rakyat yang ditandatangani 4 Mac lalu oleh gabungan Mahathir dengan pembangkang dan NGO.

TAGS