Malaysia Dateline

Ustaz Abu Bakar Abdullah, bekas Exco Terengganu meninggal dunia

Bekas Exco kerajaan negeri Terengganu, Ustaz Abu Bakar Abdullah meninggal dunia malam tadi.

Bekas pemimpin Pas itu meninggal dunia jam 11.28 malam tadi akibat komplikasi jantung.

Pada 3 September lepas, anak beliau membuat naik status ayah beliau itu dimasukkan ke wad Hospital KTS, Kuala Terengganu akibat komplikasi jantung.

“Beliau sekarang dalam keadaan tidak stabil,” kata anaknya ketika itu.

Abu Bakar adalah aktivis awal Pas Terengganu dan dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri apabila Pas menang dalam pilihan raya umum 1999 dan membentuk kerajaan negeri.

Sebelum itu, beliau adalah pengetua Institut Berakan, sebuah sekolah swasta yang banyak melahirkan aktivis Pas di Terengganu.