14,449,200 orang pemilih mengundi esok

14,449,200 orang pemilih mengundi esok

Dijangkakan seramai 14,449,200 orang akan keluar membuang undi dan sejumlah 8,253 pusat pengundi seluruh negara pada Pilihan Raya Umum ke-14 esok (9 Mei2018).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kenyataan malam ini memaklumkan semua Pusat Mengundi akan dibuka mulai jam 8.00 pagi.

Manakala waktu tutup pengundian pula adalah berbeza-beza mengikut lokasi Pusat Mengundi dan jumlah pengundi.

Waktu pengundian akan ditutup sepenuhnya pada jam 5.00 petang.

Menurut Pengersi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, berkata, memandangkan keadaan cuaca pada hari pengundian diramalkan akan berlaku hujan, para pengundi adalah dinasihatkan supaya merancang masa untuk keluar mengundi dan tidak keluar mengundi di saat-saat akhir.

Bagi pengundi di lokasi Pusat Mengundi yang ditutup lebih awal, mereka juga dinasihatkan supaya keluar mengundi pada awal waktu.

Manakala bagi pengundi di Pusat Mengundi yang ditutup pada jam 5.00 petang, mereka dinasihatkan supaya keluar mengundi secara berperingkat mengikut kesesuaian masa mereka dalam tempoh yang ditetapkan agar tidak berlaku kesesakan di Pusat Mengundi.

Kepada pengundi-pengundi yang akan keluar mengundi esok,  mereka dinasihatkan untuk membuat semakanmaklumat pengundian masing-masing seperti nama Pusat Mengundidan saluran mengundi (dalam buku Daftar Pemilih) melalui aplikasi MySPR Semak atau melalui laman pengundi.spr.gov.my atau sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip SPR<jarak> SEMAK <jarak> NO.KAD PENGENALAN dan hantarkepada 15888 atau telefon ke talian 03-88927018 atau semak dibarung SPR di setiap Pusat Mengundi pada Hari Mengundi. Parti-parti politik

Parti-parti politik TIDAK DIBENARKAN membuka, menubuhkan ataumenyenggarakan suatu pejabat atau barung dengan alasan untuk
membantu pengundi-pengundi menyemak maklumat pengundianmereka.

SPR juga meminta kerjasama pengundi-pengundi supaya tidakmemberikan kad pengenalan mereka kepada pihak-pihak lain keranaia mungkin akan disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tidakbertanggungjawab dan akan menimbulkan masalah pada haripengundian

Untuk makluman, setiap pengundi akan diperiksa jarinya untukmemastikan jari mereka bebas daripada sebarang tanda dakwatatau terdapat bahan yang boleh menghalang dakwat pilihan rayalekat dijari seperti pengilat kuku, minyak atau jari palsu. Setelah 3 pemeriksaan dan berpuashati, pengundi akan mencelup jari telunjuk kirinya ke dalam botol dakwat yang disediakan oleh SPR.

Jika ada pengundi yang enggan jarinya dicelup dakwat, maka kertas undi tidak akan diberikan kepadanya. Bagi semua pengundi, mereka juga dinasihatkan supaya JANGAN TERPEDAYA dengan permintaan sesetengah pihak yang meminta jari mereka ditanda dengan dakwat sebelum pergi mengundi.

SPR juga meminta para majikan agar membenarkan pekerjamereka yang berdaftar sebagai pemilih untuk pergi mengundi. Pelepasan oleh majikan

Manamana majikan yang menghalang pekerja mereka untuk keluarmengundi pada hari tersebut boleh diambil tindakan mengikut
seksyen 25 (3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 iaitu didenda tidak lebih RM5,000 atau dipenjara setahun jika sabit kesalahan.

Pada hari mengundi juga tidak dibenarkan lagi sebarang aktivitiberkempen dilakukan terutamanya aktiviti merayu dan meraih undiadalah dilarang sama sekali dan merupakan suatu kesalahan dibawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Sepanjang tempoh pengundian, ejen-ejen pilihan raya dibenarkan berada dalam tempat mengundi (saluran) bagi memerhatiproses pengundian. Ejen-ejen pilihan raya yang bertugas pada Hari Mengundi diingatkan supaya tidak memakai pakaian yangmenunjukkan lambang parti, gambar dan nama calon yang merujukkepada parti politik tertentu.

Begitu juga pengundi-pengundi tidak dibenarkan memakaipakaian yang mempunyai lambang parti, gambar, nama calonapabila masuk ke pusat mengundi kerana pada hari mengundi tidakdibenarkan sebarang bentuk kempen atau aktiviti kempen dilakukan oleh mana-mana orang.

Dimaklumkan juga, proses pengiraan undi akan dijalankanselepas proses pengundian tamat mengikut waktu-waktu yang telahditetapkan di tempat mengundi itu dan bukannya di PusatPenjumlahan Rasmi Undi (PPRU). Semasa proses pengiraan undidijalankan, Ejen-ejen pilihan raya juga turut berada dalam tempat mengundi memerhati proses pengiraan undi.

Akhirnya, SPR menasihatkan kepada semua pihak, iaitu calon,penyokong-penyokong parti, pekerja-pekerja parti danpengundi-pengundi supaya mematuhi undang-undang, peraturan,tata etika dan arahan oleh SPR dan pihak Polis DiRaja Malaysia bagi memastikan penjalanan proses pengundian Pilihan Raya PRU-14 berjalan lancar, aman dan harmoni.

 

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS