Malaysia Dateline

1,448 kes baru, 5 kluster dikenalpasti

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 1,448 kes baharu telah dilaporkan hari ini menjadikan kumulatif kes baru positif COVID-19 setakat ini 317,717 kes.

Daripada kes baru ini, sebanyak 1,438 kes membabitkan kes tempatan manakala kes import adalah 10 kes.

Kes aktif pula dicatatkan 18,010 kes pada hari ini.

Seramai 151 pesakit yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 72 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.

Seramai 5 orang telah meninggal dunia hari ini kesemuanya dalam kalangan warganegara menjadikan kumulatif kes kematian seramai 1,191.

Kes-kes kematian ini melibatkan dua (2) kes di Selangor, dan masing-masing satu (1) kes di Johor, Melaka, dan Sabah.

Sebanyak 2,137 kes adalah kes sembuh iaitu mengatasi kes baru, menjadikan kumulatif kes sembuh sebanyak 298,516 kes

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak561 kes (38.7 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 484 kes (86.3 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Johor sebanyak 273 kes (18.9 peratus) dan Sarawak sebanyak 199 kes (13.7 peratus).

Terdapat lima kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan dua kluster berkaitan tempat kerja, dua kluster berkaitan komuniti, dan satu kluster import.