Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
1,463 Komuniti Harapan Malaysia ditubuhkan di seluruh negara

1,463 Komuniti Harapan Malaysia ditubuhkan di seluruh negara

Oleh BERNAMAFebruary 15, 2020 8:09 pm




Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menubuhkan 1,463 Komuniti Harapan Malaysia (KHM) di seluruh negara.

Timbalan Menteri KKMM Datuk Eddin Syazlee Shith berkata, KHM ditubuhkan di setiap Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) untuk menjadi penghubung antara kerajaan dan rakyat.

“Ahli jawatankuasa KHM yang dilantik ini, akan menjadi mata dan telinga kerajaan di peringkat akar umbi, untuk mendengar segala permasalahan rakyat dan ini akan memberi peluang kepada kerajaan untuk membaiki perkara yang terlepas pandang sebelum ini.

“KHM ini akan diberi sedikit peruntukan, supaya ia boleh diuruskan dengan sistematik dan sebagai perbelanjaan kepada ahli jawatankuasanya untuk melakukan gerak kerja. KHM ini akan dipantau kakitangan Jabatan Penerangan (Japen), yang berada di lapangan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Watikah Penubuhan KHM Peringkat Parlimen Rantau Panjang, yang turut dihadiri Pengarah Japen Kelantan Lim Ann Teck hari ini.

Eddin Syazlee berkata Rantau Panjang menjadi tempat pertama pemberian watikah KHM, yang akan ditubuhkan secara berperingkat-peringkat selepas ini.

“Sebanyak 104 KHM ditubuhkan di Kelantan merangkumi satu KHM di peringkat Parlimen dan dua KHM di peringkat Dun. Seramai 13 ahli jawatankuasa dipilih dalam kalangan ahli parti kerajaan, termasuk pegawai Japen,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Eddin Syazlee berkata penularan pelbagai berita palsu di media sosial, menyukarkan kerajaan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Beliau berkata tindakan tidak bertanggungjawab segelintir pihak itu, dilakukan tanpa memikirkan kesan berita palsu tersebut kepada pihak lain.

“Kalau dahulu banyak perkara yang diberi kelonggaran dan kerajaan kini mula bertegas dan mengambil tindakan terhadap penyebar berita palsu.

“Ada individu yang telah dibuktikan bersalah di mahkamah dan dikenakan hukuman penjara serta denda, dan saya berharap ia dapat menjadi iktibar kepada pelaku yang masih terlepas daripada terus melakukan perkara itu,” katanya.

— BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Covid-19: Tengok orang mati depan mata, pesakit mengelupur bekalan oksigen dibuka

Terkini

Proklamasi Darurat, rakyat dan teori pusaran keheningan

PN guna duit cukai bayar iklan puji diri

Dr Dzul, Saifudin dan Loke wakil PH dalam JK Bebas nilai Darurat

AMK sambut baik pakej rangsangan Kita Selangor

Wajibkan ujian saringan sebelum mahasiswa pulang ke kampus

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production