Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 1,482 kes baharu pada hari ini menjadikan kumulatif kes baharu setakat ini adalah 345,500 kes.
Daripada kes baharu ini sebanyak 1,480 kes membabitkan penularan tempatan manakala hanya dua kes sahaja adalah kes import.
Seramai 164 pesakit masih berada dalam ICU di mana 81 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.
7 kes kematian telah dilaporkan hari ini menjadikan kumulatif kes kematian sebanyak 1,272 kes.
Ini melibatkan empat kes kematian di Selangor, serta masing-masing satu kes di Johor, Sarawak, dan Sabah. Sebanyak lima kes kematian melibatkan warganegara dan dua kes bukan warganegara.
Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 661 kes (44.6 peratus).
Daripada jumlah ini, sebanyak 565 kes (85.5 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.
Ini diikuti oleh Pulau Pinang sebanyak 200 kes (13.5 peratus) dan Sarawak sebanyak 176 kes (11.9 peratus).
Terdapat 13 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan tujuh kluster tempat kerja, lima kluster komuniti, dan satu kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi.