Malaysia Dateline

14,990 kes baru, Sarawak turun Kelantan pula naik

Sehingga hari ini sebanyak 14,990 kes baru positif Covid-19 dilaporkan menjadikan kumulatif kes baru adalah 2,142,924 kes.

Sejak beberapa hari lalu Sarawak mencatatkan jumlah yang tinggi namun pada hari ini negeri itu menujukkan sedikit penurunan kes baru iaitu 1,712 berbanding semalam iaitu 3,732 kes.

Hari ini negeri Kelantan telah berlaku peningkatan kepada 1,573 berbanding semalam, 1,338 kes baru

Berikut pecahan kes baru setiap negeri dan kumulatif kes;

Selangor – 2,414 (664,022)
Sabah – 1,199 (189,322)
Sarawak – 1,712 (188,843)
Johor – 1,880 (184,218)
WPKL – 338 (183,868)
Kedah – 1,007 (128,551)
Pulau Pinang – 1,224 (122,597)
Kelantan – 1,573 (106,330)
Negeri Sembilan – 170 (96,053)
Perak – 1,490 (94,844)
Pahang – 688 (59,091)
Melaka – 313 (55,733)
Terengganu – 852 (50,188)
WP Labuan – 3 (9,937)
WP Putrajaya – 30 (5,956)
Perlis – 97 (3,371)