15 aktivis termasuk Cikgu Bard didapati bersalah

15 aktivis termasuk Cikgu Bard didapati bersalah

Mahkamah Sesyen Jenayah hari ini memutuskan 15 aktivis yang menyertai protes membantah pelaksanaan pilihan raya umum ke-13 (PRU13), Black 505, bersalah kerana berhimpun dan membuat kecoh di depan pintu pagar bangunan Parlimen.

Antara yang didapati bersalah adalah anggota PKR Badrul Hisham Shaharin yang dikenali Cikgu Bard serta 14 yang lain.

Selain beliau, Ahmad Syukri Che Ab Razab, Muhammad Safwan Anang, Adam Adli Abd Halim, Md Sani Md Shah, Edy Nor Reduan, Ahmad Shauqie, Ekhsan Bukharee, Norazimah Mohammad Nor (Nora Reformis) dan Lim Sue Pei.

Kesemua mereka didakwa di bawah Seksyen 143 dan 147 Kanun Keseksaan.

Aiman Hakim, Mah Chee Hoe, Tong Chan Sang,  Abdullah Hassan dan Annie Ooi Siew Lin (Auntie Bersih) pula didakwa di bawah Seksyen 143 sahaja.

Mereka yang dituduh mengikut Seksyen 145 iaitu menyertai perhimpunan haram manakala yang didakwa merusuh didakwa di bawah Seksyen 147.

Mereka adalah sebahagian daripada 33 peserta yang ditahan dalam demonstrasi terbabit tetapi 18 aktivis lain kemudiannya dibebaskan.

TAGS