Malaysia Dateline

150 nelayan di Beting Maro berhasrat sertai AMANAH

Seramai 150 orang terdiri daripada golongan nelayan di Dewan Undangan Negeri (Dun)Beting Maro melahirkan hasrat untuk menyertai Parti AMANAH Negara.

Ketua AMANAH Kawasan Batang Lupar, Haji Kassim Rosli berkata, hasrat itu telah disampai kepadanya semasa pertemuan dengan mereka di pejabat beliau di Kuching hari ini.

Kassim Rusli

Katanya, beliau akan menguruskan pendaftaran ahli-ahli tersebut dalam masa terdekat di samping akan menubuhkan cawangan baru nanti.

“Alhamdulilah…kebanyakkan mereka yang hendak menyertai AMANAH ialah terdiri daripada penduduk yang bekerja sebagai nelayan.

“Ini adalah positif kerana mereka berpendapat hanya Kerajaan Persekutuan di bawah Pakatan Harapan (PH) sahaja yang mampu membantu berkaitan masalah sebagai nelayan khususnya di luar bandar,” jelasnya ketika ditemui di pejabatnya di Kuching hari ini.

Katanya, setakat ini AMANAH Batang Lupar telah menubuhkan sebanyak 32 cawangan dengan sembilan sudah disahkan manakala bakinya yang lain masih dalam proses pendaftaran.

Justeru, beliau menjangkakan akan ramai lagi ahli-ahli nelayan di Dun Beting Maro bakal menyertai AMANAH dalam masa terdekat ini terutamanya dari Kampung Beladin dan Pusa.

“In shaa Allah…kita menjangkakan ramai lagi ahli-ahli baru dari kalangan penduduk di Kampung Beladin dan Pusa yang bekerja sebagai nelayan akan menyertai rakan-rakan mereka untuk menjadi ahli AMANAH selepas ini,” tambah Haji Kassim.

Sehubungan itu, beliau akan menjemput kepimpinan AMANAH Sarawak dan Nasional bagi menganjurkan majlis menerima ahli-ahli baru di Beting Maro yang dijangka diadakan pada pertengahan Februari depan.

Tambah beliau, sebagai rekod setakat ini seramai lebih kurang 3,000 ahli AMANAH telah pun didaftarkan di Dun Beting Maro.