Malaysia Dateline

15,000 bungkusan raya akan dihantar kepada anggota ATM diperantauan, perbatasan negara

Kementerian Pertahanan akan menyerahkan sebanyak RM15,000 bungkusan raya kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia yang bertugas di sempadan negara dan diperantaun sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri yang akan menjelang pada 5 Jun depan.

Padda tahun ini Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menerima sumbangan sejumlah RM1,452,900.00 daripda 52 penyumbang yang terdiri daripada badan korporat, badan berkanun,syarikat swasta dan persatuan sukarelawan.

ATM turut menerima sumbangan wang zakat yang disalurkan kepada Tabung Zakat ATM daripada sumbangan yang diberikan agensi kewangan Affin Islamic Bank Berhad sejumlah RM500,000; Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad (RM350,000) dan: Affin Hwang Invenstmen Bank Berhad sejumlah RM300,000 dan RM300,000 lagi disumbangkan kepada Yayasan Veteran ATM.

Menteri Pertahanan Mohama Sabu berkata, sumbangan yang disalurkan dikalangan syarikat korporat dan individu akan dapat meningkatkan sumbangan ke atas Tabung ATM.

“Saya harap di masa akan datang sumbangan korporat-korporat besar dan individu sama ada dalam bentuk barangan atau kewangan akan dapat dapat disampaikan kepafa warga angkatan tentera yang terpaksa bertugas pada hari raya bagi memastikan keamanana dan kedaulatan negara

“Keperihatinan dan keikhlasan sumbangan yang dihulurkan ini membuktikan masyarakat negara ini tidak pernah melupakan perjuangan warga angkatan tentera dan pasukan keselamatan yang sentiasa berjuang demi kemakmuran dan kemananan negara tercinta,” ujarnya dalam ucapan aluan pada Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidil Fitri daripada Penyumbang kepada Angkatan Tentera Malaysia di Kementerian Pertahanan hari ini.

Penyediaan bungkusan raya selain daripada penglibatan ahli kelaurga dari Bakat dan penglibatan pertubuhan kerajaan lain seperti Kasih Malaysia turut bersama mengambil bahagian menyediakan bungkusan hari raya untuk warga ATM yang bertugas disempadan dan diperantauan pada raya nanti.

“Ingatan ini sangat besar ertinya untuk meningkatkan moral dan sumbangan kepada perwira di mana mereka berada.

“Pengorbanan ATM dalam menentukan keamanan dan kestabilan dan keharmonian warga msia. Dikalangan perwira yang akan bertugas mereka akan terus tabah walaupun terpaksa berjauhan dariapda keluarga dan sanak saudara tersayang,” ujar Mohamad lagi.

Mohamad juga memaklumkan beliau akan menyambut hari raya di Lebanon bersama anggota Malbat pada sambutan hari raya tahun ini.

Turut hadir dalam majlis sama Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Amal Silaturahim Isteri-isteri Harapan Malaysia (Kasih) Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.