Malaysia Dateline

15,000 kes Omicron sehari dijangka berlaku di Singapura

Singapura menjangkakan varian Omicron menyebabkan gelombang lebih besar berbanding Delta.

Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Singapura, Kenneth Mak berkata, varian Delta mencapai kemuncak dengan 5,000 kes harian manakala, Omicron mungkin boleh melepasi angka itu dengan keadaan terburuk mencecah 10,000 hingga 15,000 sehari.

Lapor Reuters, Singapura dengan kepadatan 5.5 juta penduduk itu menyatakan bahawa dos penggalak diperlukan untuk individu dewasa mengekalkan status vaksinasi mereka.

Republik tersebut hanya membenarkan individu yang sudah menerima vaksin lengkap untuk memasuki pusat beli-belah atau makan di restoran dan gerai.

Minggu lalu, Singapura merekodkan 1,281 kes jangkitan Covid-19 berpunca dari varian Omicron, membabitkan 1,048 individu dari luar negara dan 233 kes tempatan.