Malaysia Dateline

1,510 kes baru, 8 pesakit meninggal dunia

Terdapat 1,510 kes baru dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes baharu setakat ini sebanyak 359,117 kes, bagaimanapun 15,059 kes merupakan kes aktif.

Daripada kes baru ini, sebanyak 1,505 kes adalah penularan dalam tempatan manakal lima kes penularan daripada kes import.

Seramai 194 pesakit masih berada dalam ICU di mana 81 orang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Lapan orang telah disahkan maut akibat COVID-19  menjadikan kumulatif kes maut sebanyak 1,321 kes.

Kes kematian pada hari ini melibatkan empat kes di Sarawak, tiga kes di Selangor, dan satu kes di Pahang. Kesemua kes melibatkan warganegara.

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 415 kes (27.5 peratus).

Daripada jumlah ini, sebanyak 326 kes (78.6 peratus) adalah daripada klusterkluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti negeri Sarawak sebanyak 296 kes (19.6 peratus) dan Kelantan sebanyak 171 kes (11.3 peratus).