Malaysia Dateline

1,540 keluarga di Parlimen Lanang sudah dapat bakul makanan

Sebanyak 1,540 bakul makanan telah diperuntukkan kepada penduduk di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Assek di Sibu, semalam.

Menurut Ahli Parlimen DAP Lanang, Alice Lau, bantuan bakul makanan tersebut telah dihantar kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Irene Chang bagi diagihkan kepada golongan yang memerlukan.

Katanya, bakul makanan itu akan diagihkan kepada penduduk di Taman Ai Ding, Jalan Amoy, Jalan Belian, Jalan Punai, Jalan Menggris, Jalan Engkala, Jalan Emplam, Jalan Geronggang, Jalan Huo Ping, Jalan Hose, Jalan Hardin, Jalan Hua Kiew, Jalan Mui Huong, Jalan Jelutong dan Jalan Bertuah.

Penduduk lain yang turut menerima bantuan ialah yang tinggal di Jalan Maju, Jalan Long Bridge, Jalan Kapor, Jalan Intan, Jalan Sie Poi Kieng, Jalan Keranji, Jalan Laichee, Jalan Lajong, Jalan Langsat, Jalan Layang-layang, Jalan Lun, Jalan Mahsuri, Jalan Manggis, Jalan Merlin, Jalan Tong Sang, Jalan Tiong hua, Jalan Uk Daik, Jalan Rambutan, Pulau Keladi, Jalan Pigeon, Jalan Perpati, Jalan Terap, Jalan Tan Sri, Jalan Rhu, Jalan Engkabang, Jalan Foochow, Jalan Bukit Assek, Jalan Chengal, Jalan Wong King Huo dan Jalan Tun Abang Haji Openg

“Sesiapa yang telah membuat permohonan atas alamat yang dinyatakan, anda akan dihubungi oleh pihak YB Irene.

“Kami akan terus berusaha memastikan tiada yang kelaparan,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya, semalam.

Beliau turut merakam ucapan terima kasih kepada YB Irene kerana telah membantu pihaknya mengedarkan bantuan bakul makanan kepada keluarga yang memerlukan di bawah Program Bakul Makanan Parlimen Lanang.

Sementara itu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM300,000 kepada semua Ahli Parlimen termasuk wakil rakyat pembangkang.

Peruntukan itu telah mula diagihkan bagi membantu rakyat dalam kawasan parlimen masing-masing bagi melaksanakan Bantuan Bakul Makanan untuk rakyat terjejas akibat Covid-19.

Orang ramai yang memerlukan bantuan bakul makanan boleh menghubungi pusat khidmat rakyat bagi setiap kawasan Parlimen.