Malaysia Dateline

1,555 kes baharu, 6 kematian hari ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 1,555 kes baharu hari ini menjadikan keseluruhan kes positif Covid-19 dalam negara sebanyak 304,135 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dari keseluruhan kes berkenaan, 1,552 merupakan kes tempatan dengan tiga lagi adalah kes import.

Negara juga merekodkan sebanyak 2,528 kes sembuh menjadikan keseluruhan kes yang dibenarkan keluar dari wad sebanyak 278,431 kes.

Sementara itu, enam kematian direkodkan hari ini dengan kumulatif kes kematian akibat Covid-19 sebanyak 1,141 kes.

Manakala 204 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 96 dari mereka memerlukan bantuan pernafasan.