Malaysia Dateline

1,594 kes baharu, 3 mati, 116 pesakit dalam ICU

Malaysia telah merekodkan kes harian baharu sebanyak 1,594 kes pada hari ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 sebanyak 106,690 kes.

Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 20,643 kes.

Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat tiga kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 1,591 kes.

Terdapat 116 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 53 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Terdapat pertambahan tiga kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 455 kes (0.43 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 1,181 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 85,592 kes (80.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).