16 anggota cabar kesahihan Umno sebagai parti yang sah

16 ahli Umno saman RoS dan Setiausaha Kerja Umno mempertikai kesahihah parti politik itu.

Sejumlah 16 anggota Umno memfailkan permohonan di mahkamah untuk mencabar kesahihan Umno kerana menangguhkan pemilihan parti itu.

Menurut Malaysiakini, permohonan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Permohonan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Mereka adalah daripada 11 cawangan di enam negeri dan menamakan ROS dan Setiausaha Kerja Umno, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sebagai responden.

Mereka juga memohon perintah mandamus untuk mewajibkan ROS untuk menggunakan Seksyen 13, 14, 16 dan 66 Akta Pertubuhan untuk menyiasat Umno berdasarkan surat-menyurat yang dihantar kepada ROS.

Anggota Umno berkenaan diwakili peguam Mohd Haniff Khatri Abdulla.

Mohd Haniff juga bertindak bagi pihak bekas presiden Umno dan pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad, lapor laman itu lagi.

Sebelum ini, bekas Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Rafidah Aziz memuat naik dalam facebooknya pandangan seorang peguam kanan bahawa Umno tidak sah bertanding dalam PRU 14 ini.

“Saya terima tafsiran perundangan berikut dari seorang kawan.

“Saya berpendapat ianya perlu diketahui dan direnungi oleh (orang) awam.

“Ia bukan ‘Fake News’ (berita palsu), tetapi adalah pandangan dilihat dari segi Perlembagaan Umno sendiri.

“Silalah baca seterusnya,” tulis Rafidah.

Menurut tulisan itu, Umno tidak sah bertanding pada PRU ke-14 ini kerana secara automatik parti itu sudah terbubar selepas 19 April 2018.

Cawangan Umno pula terbatal secara automatik selepas 1hb Mac 2018, kata tulisan itu.

9.5
OVERALL SCORE
: 8.0
3 user votes x 10.0