Malaysia Dateline

16 peratus sudah keluar bagi mengundi awal

Sebanyak 16 peratus daripada keseluruhan 267 orang pengundi awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim sudah keluar mengundi sehingga jam 9 pagi tadi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia memaklumkan, jumlah berkenaan dicatatkan dalam tempoh sejam sejak pusat pengundian dibuka jam 8 pagi ini.

Proses pengundian awal berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah Muallim, Perak sehingga jam 5.30 petang ini.

Pada PRK DUN Slim, Barisan Nasional (BN) pertaruhkan anak tempatan Slim, Mohd Zaidi Aziz, 43, yang juga pemangku Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim bagi mempertahan kerusi berkenaan.

Manakala calon Bebas menamakan seorang peguam, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38, bertanding mewakili Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) iaitu kem bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Seorang lagi calon Bebas ialah seorang bekas guru, Santhara Sekaran Subramaniam, 44.