Malaysia Dateline

1,671 kes baru, P.Pinang catat peningkatan selepas Selangor

Jumlah kes baharu COVID-19  sebanyak 1,671 kes telah dilaporkan hari ini menjadikan kumulatif kes positif adalah 331,713 kes manakala sebanyak 14,442 kes adalah kes aktif.

Sebanyak 1,669 kes merupakan kes tempatan membabitkan 1,038 kes dalam kalangan warga negara manakala 631 kes dalam kalangan bukan warganegara.

Selain itu, bagi kes import sebanyak 2 kes iaitu masing-masing membabitkan 1 warganegara dan 1 bukan warganegara.

Empat orang telah disahkan meninggal dunia hari ini menjadikan keseluruhan kes kematian sebanyak 1,229 kes (0.37 %).

151 pesakit masih berada di ICU di mana 64 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Pulau Pinang menjadi negeri kedua mencatat kes baharu tertinggi iaitu 328 kes selepas Selangor iaitu 652 kes.

Bagi kes sembuh sebanyak 1,585 kes telah dilaporkan menjadikan kumulatif kes sembuh setakat ini ialah 316,042 kes (95.8%).