17 individu dipanggil siasatan ke atas gangguan seksual di hospital

17 individu dipanggil siasatan ke atas gangguan seksual di hospital

Jawatankuasa siasatan bebas telah memanggil 17 individu berhubung kes gangguan seksual ke atas doktor pelatih oleh seorang ketua jabatan di sebuah hospital di Lembah Klang.

Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, individu itu termasuk 10 mangsa dan tujuh saksi yang ditemubual dan disiasat berhubung perkara berkenaan.

“Jawatankuasa siasatan bebas telah bermesyuarat dua kali dan kita telah membuat temu bual dan siasatan.

“Terkini, 10 mangsa dan tujuh saksi namun saya tidak boleh mendedahkannya,” katanya semasa sidang media selepas Majlis Pelancaran 1st Malaysian Men’s Health Conference Universiti Malaya hari in, lapor Astroawani.

Seminar dua hari itu akan membincangkan isu spesifik kepada kesedaran kesihatan lelaki dan penambahbaikan dalam aspek berkenaan.

Baru-baru ini, sebuah akhbar tempatan melaporkan seorang Ketua Jabatan Ortopedik di sebuah hospital di Lembah Klang, beberapa kali membuat gangguan seksual terhadap beberapa Pegawai Perubatan Siswazah (PPS) di bawah seliaannya.

Menurut sumber akhbar berkenaan juga, ketua jabatan di sebuah hospital yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap doktor pelatih itu telah mengambil cuti bagi tempoh yang tidak pasti.

Selain itu, pegawai kanan perubatan berkenaan juga telah dimaklumkan supaya bercuti susulan laporan media berhubung dakwaan gangguan seksual berkenaan.

COMMENTS

Wordpress (0)