Malaysia Dateline

17 pengawal keselamatan disiasat seleweng dana PRU14

Sebanyak 17 pengawal keselamatan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dibawa dengan menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Mahkamah Majistret , Putrajaya, hari ini.

Mereka dibawa oleh SPRM bagi mendapatkan perintah reman untuk membantu siasatan penyelewengan wang jutaan ringgit dana Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Kesemua lelaki itu dibawa dengan menaiki bas ke Mahkamah Majistret di sini hari ini tiba pada pukul 9.15 pagi pagi ini lapor utusanonline.

Suspek-suspek ditahan yang berusia antara 51 hingga 31 tahun ketika hadir memberikan keterangan di ibu pejabat SPRM semalam.