Malaysia Dateline

17 peratus keluar undi awal setakat 9 pagi

Setakat jam 9 pagi tadi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia merekodkan peratusan keluar mengundi awal sebanyak 17 peratus.

Perkara tersebut dimaklumkan SPR hari ini.

“Statistik keluar mengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-12 pada jam 9:00 pagi sebanyak 17 peratus,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh mensasarkan 70 peratus pengundi akan keluar mengundi pada PRN Sarawak ke-12.