Malaysia Dateline

1,704 kes baru, 11 kematian, 124 dalam ICU

Sebanyak 1,704 kes baharu dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 119,077 kes.

Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 21,365 kes.

Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat lima kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 1,699 kes.

Sehingga kini, terdapat 124 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 51 kes
memerlukan bantuan pernafasan.

Terdapat pertambahan 11 kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia adalah sebanyak 494 kes (0.41 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Bagaimanapun, bilangan kes sembuh COVID-19 hari ini adalah sebanyak 2,726 kes menjadikan jumlah kumulatif kes
sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 97,218 kes (81.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).