Malaysia Dateline

17,134 kes Covid-19 hari ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 17,134 kes Covid-19 hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan keseluruhan kes Covid-19 dalam negara sebanyak 2,956,332.

Sementara itu, daripada jumlah kes baru yang dilaporkan hari ini, Noor Hisham berkata, 86 kes atau 0.5 peratus adalah dari kategori 3, 4, dan 5.

Manakala 17,048 kes atau 99.5 peratus lagi terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian seperti berikut:

Kategori 1 : 4,722 kes (27.56%)

Kategori 2 : 12,326 kes (71.94%)

Kategori 3 : 58 kes (0.34%)

Kategori 4 : 24 kes (0.14%)

Kategori 5 : 4 kes (0.02%)