Malaysia Dateline

17,170 kes baharu, empat negeri catat empat angka

Sebanyak 17,170 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes terus meningkat kepada 1,078,646 kes.

Empat negeri mencatatkan pertambahan empat angka iaitu Selangor dengan 7,163 kes, Kuala Lumpur (2,138), Kedah (1,212) serta Johor (1,054).

Sementara itu, Negeri Sembilan merekodkan 884 kes baharu sekali gus peningkatan kes harian tiga hari berturut-turut.

Selain itu, turut mencatatkan pertambahan kes hari ini ialah Sabah (776), Pahang (638), Kelantan (615), Perak (596), Sarawak (582) dan Pulau Pinang (554).

Dalam tempoh 24 jam juga, Terengganu merekodkan sebanyak 437 kes, Melaka (416), Putrajaya (84), Labuan (11) dan Perlis (10).