Malaysia Dateline

1,767 kes baharu, 12 kematian

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan kes harian baharu hari ini mengatasi jumlah kes sembuh iaitu sebanyak 1,767 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan keseluruhan kes positif Covid-19 sebanyak 363,940 kes.

Sementara itu, daripada jumlah kes baharu yang dicatatkan, 1,758 kes merupakan penularan tempatan manakala sembilan lagi adalah kes import.

Selain itu, sebanyak 1,290 kes sembuh direkodkan menjadikan keseluruhan kes yang dibenarkan keluar wad  sebanyak 346,295 kes.

Negara juga mencatatkan 12 kematian baru menjadikan kumulatif kes kematian sebanyak 1,345 kes.

Jumlah kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula sebanyak 199 kes dengan 82 memerlukan bantuan alat pernafasan