Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline

18 daripada 22 kes Covid-19 kini sembuh

Oleh MALAYSIA DATELINEFebruary 23, 2020 12:25 pm




 

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes ke-13 iaitu seorang wanita warganegara Malaysia berumur 40 tahun dan telah disahkan positif COVID-19 pada 5 Februari 2020, telah pulih sepenuhnya.

Beliau yang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar dibenarkan pulang ke rumah pada petang semalam (22 Februari 2020).

Jelas beliau, ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang telah pulih sepenuhnya dan discaj sehingga hari ini adalah sebanyak lapan belas (18) orang dengan empat (4) masih dirawat di wad dan kesemua mereka berada dalam keadaan stabil.

“KKM telah bertindak proaktif dengan memperkukuhkan Survelan Covid-19 bagi mengesan kes dalam kalangan masyarakat tempatan.

“Sistem survelan ini menggunapakai konsep yang sedia dilaksanakan bagi Sistem Survelan Influenza – iaitu melalui pengesanan kes “severe acute respiratory infection (SARI)” dan pengesanan kes “influenza-like illness (ILI)”,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Terkini

Covid-19: Apa Muhyiddin dapat buat dengan kuasa mutlaknya, soal Mahathir

Menteri Pendidikan tiada kepimpinan, bimbang wujudnya ‘generasi ketinggalan’

Keazaman untuk tidak berubah (Bahagian 1)

Mahfuz desak kerajaan perjelas isu projek rundingan terus lebih RM100 juta

Rakyat kecam Muhyiddin ulang apa yang dibentang dalam Belanjawan 2021

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production