Malaysia Dateline

181 mangsa banjir di PPS dikesan positif Covid-19

Setakat jam 11 pagi tadi, Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 181 kes positif Covid-19 dalam kalangan mangsa banjir di empat buah negeri.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka itu dikenalpasti selepas ujian saringan Covid-19 dilakukan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pahang dan Kelantan.

“KKM menjangkakan peningkatan kes Covid-19 berikutan bencana banjir, selepas saringan di PPS merekodkan 181 kes positif.

“Hasil saringan setakat jam 11 pagi tadi itu antara lain membabitkan 117 kes positif di Selangor, Pahang (52), Kelantan (enam), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (empat),” katanya dalam satu hantaran Facebook hari ini.

Dalam perkembangan lain, KKM mencatatkan kes baharu positif Covid-19 yang menurun kepada 2,589 kes.

Ini menjadikan keseluruhan kes positif dalam negara sebanyak 2,721,544 kes.