Malaysia Dateline

18,547 positif Covid-19 baharu, Sarawak catat kes tertinggi

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 18,547 kes Covid-19 baharu, menjadikan keseluruhan kes positif hari ini berjumlah 1,880,734.

Lapan negeri merekodkan kes melebihi empat angka dengan Sarawak mencatatkan kes harian tertinggi sebanyak 3,200 kes berbanding Selangor, 2,407 kes.

Johor (2,174), Sabah (2,107), Pulau Pinang (1,776), Kedah (1,487), Kelantan (1,458), dan Perak (1,197).

Sementara itu, Pahang (742), Terengganu (645), Kuala Lumpur (631), Melaka (448), Negeri Sembilan (229), Putrajaya (22), Perlis (20), dan Labuan (4).