Malaysia Dateline

18,762 kes baru, tujuh negeri empat angka

Sebanyak 18,762 kes baharu Covid-19 dilaporkan, hari ini, dengan jumlah kumulatif penularan wabak itu di Malaysia kini mencecah 1,765,016 kes.

Tujuh negeri mencatat empat digit jangkitan baharu dengan Selangor kekal mendahului 3,711 kes tetapi terus menyaksikan pola penurunan.

Ia disusuli Sabah (2,430), Sarawak (2,414), Johor (1,993), Pulau Pinang (1,762), Kedah (1,585) dan Kelantan (1,504)

Pecahan setiap negeri (kumulatif):

Selangor – 3,711 (607,706)
Sabah – 2,430 (150,273)
Sarawak – 2,414 (118,972)
Johor – 1,993 (140,640)
Pulau Pinang – 1,762 (88,253)
Kedah – 1,585 (100,627)
Kelantan – 1,504 (79,030)
Perak – 899 (68,992)
Pahang – 715 (44,848)
Kuala Lumpur – 573 (173,812)
Terengganu – 506 (33,998)
Melaka – 309 (48,867)
Negeri Sembilan – 291 (91,767)
Putrajaya – 34 (5,432)
Perlis – 33 (1,987)
Labuan – 3 (9,812)