19 migran diculik di Mexico

19 migran diculik di Mexico

Seramai 19 penumpang bas yang diculik pada Khamis lalu di utara Mexico adalah migran, kata Presiden, Andres Manuel Lopez Obrador.

Pada hari kejadian bas yang membawa mereka dalam perjalanan dari pelabuhan Tampico menuju ke Reynosa, sebuah bandar sempadan di Texas.

Ketika melalui Tamaulipas negeri yang sedang dilanda kekacauan di sempadan Amerika Syarikat-Mexico bas terbabit ditahan lelaki bersenjata yang menaiki empat kenderaan.

“Saya mengesahkan bahawa mereka yang diculik itu adalah pendatang,” kata Lopez Obrador tanpa mendedahkan dari negara mana.

Menurut maklumat yang diperolehi daripada pemandu bas, seramai 19 penumpang diculik namun hasil siasatan mendapati jumlah sebenar ialah 25 orang.

Tamaulipas menjadi medan pertempuran antara kartel dadah.

Penculikan itu berlaku berhampiran bandar San Fernando, antara negeri paling ganas di negeri ini yang merupakan kawasan sama menyaksikan 72 migran diculik dan dibunuh pada 2010 oleh kartel dadah Zetas.

Pihak berkuasa mengatakan kartel turut merekrut pekerja migran kebanyakannya dari Amerika Tengah.

— BERNAMA-