Malaysia Dateline

Antara penyumbang ialah Pengerusi Eksekutif Naza Group SM Nasarudin SM Nasimuddin kiri menyerahkan sumbangan 75 ekor lembu korban kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak untuk diserahkan kepada surau dan masjid di Parlimen Pekan dalam satu majlis diadakan di PWTC pagi tadi Foto Bernama

19 syarikat sumbang 592 lembu korban untuk Parlimen Pekan

 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima sumbangan 592 ekor lembu korban daripada 19 syarikat untuk sambutan Aidiladha di kawasan Parlimen Pekan.

Ia disampaikan dalam satu majlis akad penyerahan oleh wakil syarikat berkenaan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Antara syarikat yang menyumbang ialah Sapura Holdings Sdn Bhd, NAZA Group of Companies, JL99 Group, Pertubuhan Peladang Kebangsaan, Ahmad Zaki Resources Berhad dan Kini Unggul Sdn Bhd.

Turut menyampaikan sumbangan ialah Roadcare (M) Sdn Bhd, Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd dan Zetro Aerospace Corporation Sdn Bhd.

Haiwan berkenaan seterusnya akan disumbang kepada masjid, surau, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) yang melaksanakan ibadah korban di kawasan Parlimen Pekan.

Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha pada 12 Sept.