19 tahun jaga, Edika Yusof anggap dah terlambat bila isteri fail cerai dan bagi alasan mahu dia ‘bebas’

Oleh MAISARAH AISYA

Siapa sahaja tidak kecewa pasangan yang dijaga hampir dua dekad memfailkan penceraian atas alasan tidak mahu membebankan suami atau isteri.

Kisah pelakon senior, Edika Yusof mendapat perhatian ramai selepas memilih untuk tidak berkahwin lain dan tekun menjaga isteri, Nor Hidayah Yusri.

Bagaimanapun Nor Hidayah mengejutkan ramai apabila memfailkan penceraian dan mendedahkan mereka sudah lama tidak tinggal sebumbung.

Alasan untuk ‘membebaskannya’ itu sebenarnya sudah terlambat memandangkan edika menjaga isterinya yang lumpuh selama 19 tahun lapor Kosmo! Online.

“Saya dah kahwin lebih 22 tahun. Saya jaga dia hampir 19 tahun ketika sakit. Jadi, apabila pada waktu ini baru nak ‘offer’ untuk lepaskan saya, saya rasa dah terlambat.

“Dia cakap nak bebaskan saya, supaya saya boleh hidup baharu. Baiklah, terima kasih. Anggap sahaja ini hadiah hari lahir saya esok.

“Tapi kalau itu niat dia, patut dari dulu beritahu. Saya pun tak pernah minta dilepaskan,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.

Pada masa sama, dia tidak mengapa perkara tersebut tidak dibincangkan sebelum membuat keputusan sebesar itu.

“Saya cuba ajak bincang, cuba WhatsApp, telefon, tapi dia elak. Saya tanya kenapa tak bincang dulu? Dia jawab, dah tak ada apa nak dibincangkan.

“Saya tak pernah sorok apa-apa. Telefon saya, akaun bank saya, semuanya dia boleh tengok. Saya jenis yang ‘gentle’, tak ada apa nak disembunyikan.

“Tapi nampaknya dia memang serius nak berpisah,” ujarnya.

Media melaporkan, kisah pasangan itu mendapat perhatian selepas Edika setia menjaga isterinya yang lumpuh separuh badan selepas melahirkan anak mereka.

Baca juga: Datin Shahida dituduh tumpang kekayaan suami, ini respons Aliff Syukri – “Takpelah bini aku!”