Siapa sangka, bahtera perkahwinan yang dilayari selama 19 tahun dengan penuh kebahagiaan musnah sekelip mata.
Sejak berkenalan pada tahun 1993 di Antwerp, Belgium, sang suami yang bernama Jan itu tidak pernah mencurigai isterinya, Monica.
Namun, Jan yang merupakan warganegara Belgium itu mengakui perkahwinanya dengan ‘wanita’ Indonesia itu sebenarnya diuji di awal perkahwinan.
Menurutnya, proses perkahwinan yang mereka lalui sangat sukar kerana Monica mempunyai masalah mengenai urusan dokumen.
Pegawai yang bertugas juga meragui identiti bakal isterinya, namun Monica berjaya mengelak setiap pertanyaan sehingga diterima menetap di Belgium.
Setelah berkahwin, Jan yang merupakan seorang duda bersama dua anak membuat keputusan untuk tidak lagi menambah zuriat.
Merupakan seorang ‘isteri’ yang baik, Monica mulai berubah apabila mula berani berpakaian menjolok mata dan berlaku curang dengan lelaki lain.
Jan mula menjalankan penyiasatan dengan anaknya sehingga Monica akhirnya mengaku bahawa dirinya adalah seorang lelaki.
Mengakui telah menjalankan pembedahan sulit, Jen tidak pernah merasakan ada sesuatu yang aneh ketika melakukan hubungan intim.
Perkahwinan itu akhirnya musnah dan Jan perlu menjalani rawatan psikologi setelah bercerai.
Baca juga: Nombor plat cuma dua angka tapi dijual lebih RM66 juta, paling mahal di dunia