Siapa sangka, pembongkaran satu rahsia boleh menjadi punca kemusnahan bahtera perkahwinan yang dilayari selama 19 tahun dengan sekelip mata.
Mengalami kejadian yang sangat tragis, lelaki dikenali sebagai Jan tampil berkongsi pengalamannya ketika berumah tangga sebelum bercerai dengan ‘isterinya’.
Berkenalan dengan isterinya, Monica pada tahun 1993 di Antwerp, Belgium, Jan tidak pernah menyangka bahawa ‘wanita’ itu menyimpan satu rahsia yang sangat besar.
Menyesali keputusannya untuk mengakhiri zaman duda bersama Monica, Jan akui hubungannya bersama ‘wanita’ Indonesia itu sebenarnya diuji di awal perkahwinan.
Sempat mengenang peristiwa lama, Jan memaklumkan bahawa proses perkahwinan yang mereka lalui amatlah sukar kerana Monica mempunyai masalah dokumen.
Malah, pegawai yang bertugas juga sempat meragui identiti sebenar Monica, namun wanita itu berjaya mengelak setiap pertanyaan sehingga diterima menetap di Belgium.
Oleh kerana Jan adalah seorang duda yang mempunyai dua orang anak, dia membuat keputusan untuk tidak menambah zuriat selepas berkahwin dengan Monica.
Menjalani kehidupan dengan penuh kebahagiaan, Jan menyifatkan Monica sebagai seorang isteri yang baik selain pandai memasak, mengemas dan melayan anak.
Namun, rumah tangga yang mereka bina mulai goyah apabila Monica tiba-tiba berubah dengan berpakaian menjolok mata dan berlaku curang bersama lelaki lain.
Jan yang kini berusia 72 tahun itu menjalankan penyiasatan dengan anaknya hingga Monica sendiri membuka rahsia bahawa dirinya sebenarnya adalah seorang lelaki.
Memetik laporan Tribun Jateng, rahsia itu terbongkar setelah Jan mendengar khabar angin yang disampaikan oleh rakannya mengenai jantina asli Monica.
“Seorang rakan beritahu dia mendengar khabar bahawa Monica sebenarnya adalah seorang lelaki yang mengubah jantina menjadi wanita. Saya sukar untuk percaya.
“Saya menolak Monica ke dinding dan berkata: sekarang aku tahu rahsia bahawa kamu bukan seorang wanita. Dia (Monica) kemudian mengaku dilahirkan sebagai lelaki.
“Dia merasakan dirinya wanita selepas melakukan pembedahan kelamin dan tak perlu memberi tahu saya tentang masa lalunya. Dunia saya runtuh malam itu juga.” Katanya.
Akhirnya bercerai, perkahwinan mereka musnah selepas rahsia Monica terbongkar dan Jan terlalu trauma sehingga perlu menjalani rawatan psikologi.
Baca juga: “Oi gemuk, kau jangan panggil aku sayang!”, lelaki berang isteri minta dukung anak di pasar raya