Malaysia Dateline

19,198 kes baharu Covid-19, Sarawak melambung lebih 5,000 kes

Jangkitan wabak Covid-19 di negara ini merekodkan 19,198 kes baharu hari ini menjadikan keseluruhan 1,940,950 kes setakat 12 tengah hari tadi.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Sarawak kekal merekodkan kes harian tertinggi dengan 5,291 jangkitan hari ini.

Angka tersebut sekali gus rekod tertinggi kes harian untuk Sarawak selepas seminggu negeri di pulau Borneo itu mencatat kes baharu lebih 3,000 setiap hari.

Pecahan setiap negeri (kumulatif):

Sarawak – 5,291 (156,798)
Selangor – 2,347 (641,633)
Johor – 2,110 (164,221)
Sabah – 1,717 (173,863)
Kelantan – 1,435 (93,734)
Pulau Pinang – 1,309 (108,262)
Kedah – 1,256 (117,927)
Perak – 1,118 (82,655)
Terengganu – 930 (42,801)
Pahang – 584 (51,627)
WPKL – 376 (180,068)
Melaka – 340 (53,243)
Negeri Sembilan – 283 (94,467)
Perlis – 67 (2,791)
WP Putrajaya – 32 (5,732)
WP Labuan – 3 (9,876)