Malaysia Dateline

1,924 kes baru dengan 12 kematian

Sebanyak 1,924 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif positif adalah sebanyak 293,698 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,918 adalah kes tempatan manakala enam kes lain merupakan kes import.

Negara juga mencatatkan kes sembuh sebanyak 3,752 kes dengan keseluruhan kes yang dibenarkan keluar wad hari ini sebanyak 263,761.

Pada masa sama, 12 kematian baru dilaporkan menjadikan jumlah kes kematian sebanyak 1,100 kes.

Sementara itu, kes yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebanyak 205 kes dengan 91 kes memerlukan bantuan pernafasan.