Malaysia Dateline

19,991 kes positif baharu, enam negeri rekod lebih 1,000 kes

Hari ini, negara merekodkan 19,991 kes Covid-19 baharu menjadikan keseluruhan kes positif dalam negara sebanyak 1,299,767 kes

Sementara itu enam negeri mencatatkan kes melebihi 1,000.

Selangor melaporkan sebanyak 7,338 kes Covid-19 dan diikuti Kuala Lumpur 2,374. Selain itu Kedah (1,830), Sabah (1,383), Johor (1,344), dan Kelantan (1,030).

Manakala Perak (953), Sarawak (836), Pulau Pinang (743), Melaka (578), Negeri Sembilan (564), Pahang (539), Terengganu (378), Putrajaya (76), Perlis (24), Labuan (1).