Malaysia Dateline

1MDB dalam subjek Sejarah Malaysia laporan media tidak tepat, kata KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan menterinya Dr Maszlee Malik tidak sama sekali menyebut kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan dimasukkan dalam silibus subjek Sejarah di sekolah.

Sebaliknya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Ahmad Maslan (Pontian-BN)semalam, hanya menyebut isu 1MDB akan dimasukkan dalam sejarah Malaysia.

“Laporan media memetik seolah-olah Dr Maszlee mengatakan kes 1MDB akan dimasukkan ke dalam silibus subjek Sejarah Malaysia¬†¬†adalah tidak tepat.

” Sama ada ia akan dimasukkan dalam silibus terserah kepada jawatankuasa kajian kurikulum Kementerian Pendidikan dalam kalangan masyarakat,” ujar kenyataan Setiausaha Akhbar kepada Menteri Pendidikan, Shahrul Aman Mohd Saari.

Bagaimanapun kenyataan menyebut KPM tiada halangan sekiranya isu 1MDB dijadikan sebahagian kajian kes di institusi pengajian tinggi (iPT).

“Ini memandangkan 1MDB satu isu yang mendapat perhatian banyak pihak dalam dan luar negara darinsegi tadbir urus baik dan akauntabiliti dan budaya berintegriti,” ujar kenyataan itu.