1MDB: Polis akan panggil ‘pemberi hadiah’ kepada Najib untuk diambil keterangan

1MDB: Polis akan panggil ‘pemberi hadiah’ kepada Najib untuk diambil keterangan

Datuk Seri Mohd Najib Razak, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan mereka yang dikatakan pemberi hadiah akan dipanggil tidak lama lagi bagi siasatan polis ke atas siasatan skandal rasuah 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pengarah Suruhanjaya Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh berkata ia adalah langkah seterusnya bagi polis selepas mendedahkan nilai sebenar barangan barangan yang disita daripada beberapa kediaman di Lembah Klang yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri itu.

“Mereka akan disiasat dan kami juga akan memanggil pemberi hadiah yang dikatakan mereka untuk mendapatkan kenyataan yang akan direkodkan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Amar berkata sehingga kini polis telah merekodkan 30 kenyataan daripada individu berbeza dalam membantu siasatan polis.

Hari ini polis mengumumkan nilai barang rampasan dalam siasatan terhadap Najib berjumlah RM900 juta hingga RM1.1 billion.

9.7
OVERALL SCORE
: 9.0
2 user votes x 10.0