1MDB: SPRM panggil Riza beri keterangan

1MDB: SPRM panggil Riza beri keterangan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil anak tiri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak iaitu Riza Aziz bagi memberi keterangan berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut sumber SPRM, Riza dijadualkan memberi keterangan di ibu pejabat SPRM, di sini pada 2 petang esok.

“Riza perlu hadir pada 2 petang esok bagi membantu siasatan kes berkenaan (1MDB),” katanya ketika dihubungi Bernama.

Hari ini, sebuah portal berita tempatan melaporkan anak tiri Najib itu dipanggil bagi membantu siasatan mengenai skandal 1MDB selepas ratusan juta wang syarikat berkenaan dipercayai digunakan untuk menghasilkan filem di Hollywood.