Malaysia Dateline

2 dari 5 Exco Perak hari ini dari Pas, kata sumber

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria dikatakan antara yang akan kekal berada dalam barisan Exco Perak yang diterajui Menteri Besar baharu, Datuk Saarani Mohamad.

Seorang lagi ialah Adun Selama dari Pas yang juga menantu Presiden Pas, iaitu Mohd Akmal Kamarudin.

Menurut sumber dari Perak, Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang akan mengangkat sumpah jawatan sebagai Exco Perak petang ini dikatakan terdiri dari dua Adun Pas, dua Bersatu, dan satu dari Umno.

Sumber memberitahu, Saarani akan mengekalkan kelima-lima exco yang lama antaranya termasuklah Adun Kuala Kurau, Datuk Yunus Jamahri (Bersatu); Adun Tualang Sekah, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi (Bersatu); dan Adun Changkat Jering, Ahmad Saidi Mohamad Daud (BN)

Majlis akan berlangsung di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta di sini pada pukul 5 petang ini.