Malaysia Dateline

2 daripada 3 lelaki merangkak bawah kawat duri PKPD ada rekod jenayah

Susulan tular klip video yang memparkan kejadian tiga lelaki melarikan diri melalui kawat duri di media sosial pada jam 4.51 petang semalam, kini polis telah mengenalpasti dua daripada mereka.

Tiga lelaki terbabit telah melarikan diri dripada sebuah kawasan perumah PPR yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Jalan Kampung Pasir dengan menyusup keluar melalui pagar kawat berduri yang dipasang di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Anuar Omar berkata, pihaknya telah menerima laporan mengenai klip video tersebut.

Kedua-dua lelaki yang dikenal pasti berusia 34 dan 46 tahun di dapati mempunyai rekod jenayah.

Katanya, lelaki yang berusia 34 tahun itu mempunyai enam rekod jenayah di bawah kesalahan dadah berbahaya dan pelbagai kesalahan jenayah antaranya samun, curi dan lain-lain.

Manakala katanya, lelaki berusia 46 tahun pula mempunyai sembilan rekod jenayah bagi kesalahan pecah rumah dan pelbagai kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahay 1952.

Kini pihak polis sedang giat mengesan lelaki ketiga dan polis meminta orang awam tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan video tular melibatkan tiga individu yang melarikan diri itu.