Malaysia Dateline

2 golongan jemaah haji perlu dapatkan dos penggalak kedua, ini caranya

Bagi musim haji tahun 1433 Hijrah/ 2022 Masihi, kerajaan Arab Saudi membenarkan pelaksanaan ibadah haji dari semua negara setelah dua (2) tahun ia ditangguhkan akibat pendemik COVID-19, bagaimanapun bakal jemaah haji dari Malaysia perlu dapatkan dos penggalak kedua.

Bagaimanapun, sebagai langkah pencegahan dan kawalan untuk mengurangkan risiko jangkitan COVID-19, Kerajaan Arab Saudi telah menetapkan bahawa semua jemaah haji perlu mendapatkan vaksinasi lengkap sebelum berlepas dan Mengesyorkan pengambilan dos penggalak.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan dos penggalak pertama kepada semua jemaah yang bakal menunaikan ibadah mereka manakala dos penggalak kedua bagi golongan jemaah haji;

-Berusia 60 tahun ke atas

-Jemaah haji berusia 18 hingga 59 tahun yang mempunyai risiko klinikal penyakit teruk.

2 golongan jemaah haji perlu dapatkan dos penggalak kedua, ini caranya
Jemaah haji berusia 60 tahun ke atas harus dapatkan dos penggalak kedua

Oleh itu, dikongsikan saranan pengambilan dos penggalak kepada bakal Jemaah haji mengikut kumpulan umur dan faktor risiko.

Jemaah haji yang terlibat boleh mendapatkan dos penggalak dengan hadir secara terus tanpa janji temu (walk-in) di PPV yang masih beroperasi dengan membawa dokumen sokongan berkaitan (seperti bukti surat tawaran menunaikan haji).

Dalam pada itu, semua bakal jemaah haji remaja berumur 12 hingga bawah 18 tahun untuk mengambil dos penggalak vaksin COVID-19 sebagai langkah tambahan sebelum berangkat ke Tanah Suci.

Langkah itu bertujuan mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 dalam kalangan jemaah dengan mengambil kira perhimpunan ramai serta membabitkan jemaah haji dari seluruh dunia.

Baca juga: Kanak-kanak 12 tahun dakwa dirogol rakan atas talian

Baca juga: Malaysia tidak akan eksport ayam lagi mulai 1 Jun depan