Seorang wanita merasa sangat hampa apabila tidak berjaya membuka akaun bank hanya kerana statusnya sebagai suri rumah.
Menunggu giliran selama hampir dua jam, wanita itu kesal kerana tidak diberitahu lebih awal bahawa suri rumah tidak boleh membuka akaun.
Sedangkan, kehadirannya ke cawangan bank berkenaan adalah buat kali kedua setelah diminta untuk menyediakan beberapa dokumen sokongan.
Menurut wanita itu, ketika pertama kali hadir ke bank, dia sudah berterus terang mengenai statusnya sebagai suri rumah di kaunter pertanyaan.
Pihak bank ketika itu hanya memintanya untuk hadir sekali lagi dengan membawa dokumen seperti penyata gaji suami dan bil telefon.
“Sepanjang setahun saya bergelar suri rumah. Saya tidak pernah rasa patah hati ketika memegang status ini. Tetapi hari ini saya betul-betul rasa kecewa.
“Saya datang kali kedua dengan menyediakan dokumen yang diminta kemudian mereka kata tidak boleh dengan alasan status saya (suri rumah).
“Saya tunggu dua jam, sampai sahaja giliran saya pihak bank kata tidak boleh. Kenapa sebelum ini tidak diberitahu memang tidak boleh buka akaun.
Tidak berpuas hati, wanita berkenaan meluahkan kekecewaannya menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya.
Tular di media sosial, video yang mendapat perhatian ramai itu berjaya meraih hampir setengah juta tontonan dari pengguna TikTok.
Baca juga: “Pengotor gila!” – Wanita terkejut lihat cicak dalam nasi lemak, terus hilang selera