Malaysia Dateline

2 kluster mengakibatkan jangkitan COVID-19 hingga generasi ke-5

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menegaskan perhimpunan besar besaran sememangnya memberi impak secara mendadak dalam peningkatan kes-kes COVID-19 di Malaysia.

Hasil siasatan terhadap beberapa kes dan kluster COVID-19, KKM ingin memaklumkan mengenai dua kluster COVID-19 yang didapati berkait rapat dengan perhimpunan besar-besaran.

Iaitu melibatkan Persidangan keagamaan di gereja selama 3 hari yang telah berlangsung di Kuching, Sarawak yang mana setakat ini mencatatkan seramai 83 orang telah disahkan positif COVID-19 daripada kluster ini, di
mana terdapat dua kes kematian, (kes ke-358 dan kes ke-2471), lima kes kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU), 50 kes sedang dirawat di hospital, 25 kes bawah pemerhatian di pusat kuarantin dan satu kes discaj yang telah pulih sepenuhnya.

Majilis perkahwinan di Bandar Baru Bangi, Selangor di mana ianya merupakan satu kluster jangkitan COVID-19 yang kemudiannya telah membentuk jangkitan sehingga generasi ke-5.

Sehingga 6 April 2020, 88 kes telah disahkan positif COVID-19 daripada kluster ini, termasuk satu kes dirawat
di Unit Rawatan Intensif (ICU).

Setakat ini, tiada kes kematian dilaporkan berkaitan dengan kluster ini.

Kedua-dua kluster ini melibatkan jangkitan COVID-19 sehingga generasi ke-5.