Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
2 persidangan Bersatu bahagian cawangan terbatal

2 persidangan Bersatu bahagian cawangan terbatal

SITI NUR ZAWANI MISCONFebruary 19, 2020 12:42 pm




Dua persidangan bahagian cawangan bagi Pemilihan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dilaporkan terbatal, membabitkan persidangan bahagian Kuala Terengganu dan Teluk Intan yang bersidang pada 15 Februari lalu.

Perkara tersebut dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Tan Sri Syed Hamid Jaafar Albar yang memutuskan pembatalan tersebut selepas menerima aduan dan bantahan dari ahli parti itu.

“Jawatankuasa Pemilihan Parti telah menerima bantahan-bantahan bersabit persidangan cawangan-cawangan yang telah berlangsung pada 15 dan 16 Februari di seluruh negara.

“Setelah meneliti aduan-aduan yang terkandung di dalam bantahan tersebut, JPP memutuskan untuk membatalkan persidangan cawangan-cawangan di dalam bahagian-bahagian berikut.
“Bahagian Kuala Terengganu yang bersidang 15 Februari 2020 dan Bahagian Teluk Intan yang juga bersidang pada hari sama,” katanya.

Dengan itu Hamid berkata, persidangan cawangan di dalam bahagian tersebut perlu diadakan semula di dalam tempoh persidangan yang ditetapkan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) bagi persidangan cawangan-cawangan iaitu pada 15 Februari sehingga 29 Mac 2020.

Katanya, persidangan cawangan-cawangan itu perlu dikawalselia oleh JPP peringkat Pusat dengan kerjasama JPP Peringkat Negeri.

Katanya, keputusan pembatalan adalah disebabkan faktor tidak mematuhi peraturan persidangan.
“Jawatankuasa ini mendapati bahawa sebahagian besar masalah yang ditimbulkan adalah berkait dengan kegagalan untuk mengikut peraturan persidangan seperti yang ditetapkan oleh parti.

“Justeru itu, ahli-ahli adalah diingatkan bahawa mereka tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan terbuka mengenai persidangan kerana keputusan muktamad
hanya boleh dibuat oleh JPP peringkat Pusat,” tegasnya.
Pada masa sama, beliau turut menegaskan bahawa kenyataan-kenyataan yang tidak melalui saluran parti dikhuatiri akan menimbulkan kekeliruan dan konflik sesama sendiri.

Terdahulu, seramai 363,173 orang ahli yang berdaftar layak menghadiri persidangan di 2,950 cawangan di dalam 189 bahagian.
Sejajar dengan arahan tersebut, sebanyak 538 cawangan di 37 bahagian di seluruh negara telah mengadakan persidangan masing-masing.

Keputusan pemilihan di persidangan-persidangan ini tertakluk kepada penelitian dan pengesahan oleh JPP.
Ahli-ahli yang tidak berpuashati dengan perjalanan persidangan boleh membuat bantahan secara bertulis kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti dengan menyertakan aduan secara jelas termasuk bukti-bukti yang berkenaan.

Bantahan hendaklah disampaikan kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti tidak lebih daripada tujuh (7) hari selepas
Tarikh persidangan.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Terkini

Hebat Muhyiddin hanya 13 kerusi PN mampu takluk Johor

COVID-19: Kes baharu terus melonjak terkini 4,008 kes

Pakej Permai: Kerajaan patut jadikan kos ujian saringan Covid-19 mampu milik

PN gagal lonjakkan ekonomi negara

Pengguna tak puas hati KPDNHEP cuba nafi harga minyak masak naik

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production