Malaysia Dateline

2 persoalan kerajaan perlu jelaskan tentang aset Petronas yang dirampas waris Kesultanan Sulu

Kerajaan Malaysia perlu menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku dalam isu membabitkan kes Waris Kesultanan Sulu yang merampas dua anak syarikat milik Petronas.

Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin memetik semula kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang menyatakan bahawa kerajaan tidak pernah mengiktiraf tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh waris Kesultanan Sulu itu.

Kerajaan juga dilaporkan telah membuat permohonan bagi membatalkan pelantikan penimbang tara dan permohonan untuk mengenepikan Partial Award on Jurisdiction yang dikeluarkan oleh Dr Gonzalo Stampa.

Berikutan tindakan perundangan yang diambil oleh Malaysia itu, Mahkamah Tinggi Madrid, Sepanyol pada 29 Jun 2021, telah membatalkan pelantikan penimbang tara Dr Stampa dan memutuskan semua prosiding timbang tara dan apa-apa keputusan Dr Stampa, termasuk Final Award adalah tidak sah, terbatal dan tidak boleh dikuatkuasakan di bawah undang-undang.

Kami kongsikan respon ringkas Hanipa yang bertanyakan dua soalan yang perlu dijawab oleh kerajaan

Memandangkan penyitaan anak syarikat berdaftar Petronas di Luxembourgh baru-baru ini iaitu Petronas Azerbaijan dan Petronas South Caucacus, terasa hairan dengan pendirian Malaysia mengenai isu ini.

Jika anugerah yang dibuat oleh mahkamah timbang tara tidak sah seperti yang didakwa oleh kerajaan di Parlimen, bagaimanakah Sultan Sulu dapat menguatkuasakan anugerah yang dikatakan “tidak sah” itu?

Adakah terdapat sebarang percubaan oleh kerajaan Malaysia misalnya untuk mengetepikan anugerah yang diberikan kepada Sultan Sulu di mahkamah timbang tara di Paris atau untuk mencapai sebarang penyelesaian secara baik mengenai isu ini?

Saya amat menggesa kerajaan untuk segera menjelaskan perkara tersebut.

Dr Stampa juga, kata Wan Junaidi, tidak menghormati dan tidak mempedulikan keputusan-keputusan Mahkamah di Madrid, sebaliknya, memindahkan tempat prosiding timbang tara (seat of arbitration) ke Paris.

Justeru Hanipa berkata, jika anugerah yang dibuat oleh mahkamah timbang tara tidak sah seperti yang didakwa oleh kerajaan di Parlimen, bagaimanakah Sultan Sulu dapat menguatkuasakan anugerah yang dikatakan “tidak sah” itu?

berkata, memandangkan Petronas Azerbaijan dan Petronas South Caucacus, beliau berasa hairan dengan pendirian Malaysia tentang isu

Pada semalam, kerajaan dilaporkan berkata bahawa ia

Kerajaan dilaporkan berkata bahawa ia tidak mengiktiraf tuntutan dan prosiding mahkamah timbang tara di Paris atas alasan, antara lain, bahawa pelantikan penimbang tara Sepanyol Gonzalo Stampa telah dibatalkan dan tidak lagi sah.

Memandangkan penyitaan anak syarikat berdaftar Petronas di Luxembourgh baru-baru ini, Petronas Azerbaijan dan Petronas South Caucacus oleh bailif Luxembourgh, seseorang berasa hairan dengan pendirian Malaysia mengenai isu ini.

Jika anugerah yang dibuat oleh mahkamah timbang tara tidak sah seperti yang didakwa oleh kerajaan di Parlimen, bagaimanakah Sultan Sulu dapat menguatkuasakan anugerah yang dikatakan “tidak sah” itu?

Adakah terdapat sebarang percubaan oleh kerajaan Malaysia misalnya untuk mengetepikan anugerah yang diberikan kepada Sultan Sulu di mahkamah timbang tara di Paris atau untuk mencapai sebarang penyelesaian secara baik mengenai isu ini?

Saya amat menggesa kerajaan untuk segera menjelaskan perkara tersebut. YB Sepang.
14/7/2022.

The government was reported to have said that it does not recognise the claims and proceedings of the arbitration court in Paris on the ground, inter alia, that the appointment of Spanish arbitrator Gonzalo Stampa had been revoked and was no longer valid.

  1. In the light of the recent seizure of the Petronas’ Luxembourgh registered subsidiaries, Petronas Azerbaijan and Petronas South Caucacus by the Luxembourgh’s bailiffs one is puzzled by the Malaysia’s positition on this issue.
  2. If the award made by the arbitration court is not valid as claimed by the government in Parliament, how could the Sulu Sultan manage to enforce the purported ” invalid” award?
  3. Was there any attempt by Malaysian government for instance to either set aside the award given to the Sulu Sultan in arbitration court in Paris or to reach any amicable settlement on this issue ?
  4. I strongly urge the government to immediately clarify the matter.